New Videos from Youtube
Showing posts with label Malay Movie. Show all posts
Showing posts with label Malay Movie. Show all posts

Juvana (2013)


Sinopsis: Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

Kerat 14


Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya. Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.

Hantu Kapcai | Full Movie (2012)


PLOT:
Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terbunuh dalam perlumbaan motor haram. Ajib tinggal bersama ibunya, Mak Ros dan adik lelakinya, Akim. Semasa hayatnya, dia telah meminjam wang dari Ah Long untuk menampung kos perubatan ibunya. Pada satu malam, dalam keadaan yang terdesak, Ajib bersetuju untuk berlumba haram dan membuat pertaruhan dengan Tiger. Ajib terbunuh dalam perlumbaan itu apabila Tiger menggunakan taktik kotor untuk menang. Apabila dia bangun, dia terlihat jenazah yang menyerupai dirinya di tengah ruang tamu sambil diperhatikan dan dibacakan Yasin oleh Mak Ros, Akim dan orang kampung. Konflik terjadi apabila Ah Long dan Tiger datang ke rumah dan mengugut Mak Ros dan Akim untuk membayar hutang hutang Ajib. Ajib menyedari bahawa keluarganya berada dalam bahaya, lalu berjumpa dan meminta pertolongan daripada Ibrahim, setelah mendapat tahu hanya dia yang dapat melilhat Ajib. Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan halal yang di anjurkan oleh YB Mansur dengan harapan untuk membayar segala hutang Ajib. Berjayakah Akim dalam perlumbaan itu dalam membantu abangnya untuk melangsaikan hutang hutangnya?





Berani Punya Budak (2012)



Sinopsis:
Filem Berani Punya Budak mengisahkan Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong.

Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong.
Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Filem Berani Punya Budak diarahkan oleh Afdlin Shauki.


Azura (2012)


Sinopsis:
Filem Azura mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.
Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran. Filem Azura diarahkan oleh Aziz M. Osman.



Kongsi


Tonton Kongsi

 

Kecoh Betul


Tonton Kecoh Betul

8 Jam



PLOT:

ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak -- kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak -- anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan -- rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus -- putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. 

Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco -- konco geng tersebut sering menghantui Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang.

 Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? 
Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem '8 JAM'

Tontong 8 Jam

Man Sewel Datang KL



PLOT:
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

Tonton Man Sewel Datang KL :


Jiwa Taiko




PLOT:
mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan. Kisah Jiwa Taiko bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. 

Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta.

Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. 

Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya.

Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. 

Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. 

Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya.

Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.

Tonton Jiwa Taiko

Aku Ada Kau Ada ?



PLOT:
Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”.Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panic dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar yang poyo dan perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan. 

Tina(Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin utuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak di layan oleh Aziz.

Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi.Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin.

Tonton Aku Ada Kau Ada ?


Berani Punya Budak


PLOT:
mengisahkan Shuhami Abdullah/Tong yang dilakonkan Afdlin Shauki baru sahaja tiba di lapangan terbang. Namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand.

Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya

Pairote telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data informasi pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.

Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.

Tonton Berani Punya Budak


MasterChef Malaysia 2 ( FINAL )


SEJUMLAH 24 orang jurumasak amatur dari seluruh Malaysia bertarung untuk merebut takhta MasterChef Malaysia yang kedua. Siri berlangsung sebelas minggu (enam episod seminggu) dan setiap minggu, dua orang jurumasak tercorot akan disingkirkan. Cabaran yang mereka lalui serupa siri MasterChef Malaysia yang pertama mengikut piawaian francais MasterChef antarabangsa. Di penghujung rancangan hanya yang dua atau tiga (mungkin lebih) yang terbaik akan berpeluang menyerlahkan bakat mereka sebagai jurumasak terunggul, sekaligus memenangi wang tunai yang menjadi rebutan.

Tonton MasterChef Malaysia 2 ( FINAL )

Hantu Gangster





Sinopsis:Sebuah pekan kecil diperintah oleh tiga kumpulan gangster yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India semenjak 50 tahun yang lalu. Selepas kematian misteri ketiga-tiga ketua kumpulan tersebut, anak-anak mereka mulai merasa kebencian yang mendalam terhadap kaum yang lain dan masing-masing cuba untuk merampas wilayah kepunyaan kumpulan yang lain. 

Dengan bantuan dari seorang wira yang tidak berkemampuan bernama Te Sai (Namewee), roh ketiga-tiga ketua yang berasa tidak tenteram kembali ke alam manusia untuk membantu anak-anak mereka dari terjebak kedalam isu perkauman yang dirancang oleh musuh. Filem yang berkonsepkan semangat muhibbah 1Malaysia ini dibintangi oleh artis-artis dari pelbagai kaum, antaranya termasuklah Farid Kamil, Diana Danielle, Dato David Arumugam, Dato Jalaluddin Hassan, Amber Chia, Noh Hujan, Mizz Nina, Taiyuddin Bakar, Reshmonu, Dennis Lau dan banyak lagi. 

Filem Hantu Gangster ini adalah sebuah komedi seram arahan Namewee (Nasi Lemak 2.0) yang membawa mesej pentingnya perpaduan dan keharmonian, pada waktu yang sama menyemarakkan lagi semangat patriotik pada bulan kemerdekaan.

Tonton Hantu Gangster 2012 Full Movie


-->

Ngorat


Sinopsis:Cerita ini mengisahkan seorang pemuda bernama IJAM yang mengalami masalah untuk mencari teman wanita. IJAM yang tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan wanita. IJAM bekerja disebuah pusat video berjumpa dgn ramai wanita setiap hari namun percubaannya tetap gagal.

IJAM mempunyai beberapa sahabat karib iaitu RIZAL, KEYRA & AZOL. mereka sering bertemu untuk meluangkan masa bersama. pada suatu hari, selepas ijam menonton wayang bersama sahabatnya, ijam diberi sekeping flyer oleh seorang gadis comel. di atas flyers tersebut mempromosikan website www.arjunakasih.com.my yang memberi tips untuk memikat wanita. Ijam tertarik lalu menyimpannya.

Ijam melayari laman web ARJUNA KASIH dan dibawa ke alam fantasi dimana ARJUNA muncul dlm bentuk fizikal bagai sebuah pari-pari, dan berjanji akan membantu Ijam dlm usahanya untuk mencari cinta. Maka bermulalah satu demi satu detik permulaan pertemuan [blindate] Ijam dengan wanita-wanita antaranya yang diaturkan sendiri RIZAL. Namun hatinya tetap tidak serasi dgn gadis-gadis tersebut, ada saja kekurangan dan masalah setiap kali pertemuan diatur.

Dalam tidak sedar rupa-rupanya Ijam & Keyra menaruh hati terhadap satu sama lain. Namun masing-masing takut untuk meluahkan dan sangsi sekiranya cinta bertepuk sebelah tangan. Ijam menghubungi Keyra untuk mengajaknya keluar ke cafe. Keyra begitu gembira apabila menerima pelawaan Ijam. Tiba disana Ijam memperkenalkan Keyra dgn seorang wanita, yang mana kawan sekerja Keyra iaitu Sheila. keyra yang hampa, terpaksa meninggalkan mereka berdua dgn alasan ada urusan yang perlu diselesaikan.

Keyra yang kecewa membuat keputusan untuk berpindah ke Istanbul. Pada malam Keyra hendak berlepas, Ijam mengejar dan akhirnya gagal kerana pesawat sudah pun berlepas. Ijam yang kecewa mengajak Rizal & Azoe menemaninya mencari ketenangan di ICT. Sebaik sampai disana, Ijam terkejut apabila mendapati Keyra sedang duduk bersama dgn Rizal & Azoe. 

Ijam segera mendapatkan Keyra dan melutut meminta maaf dan meminta Keyra menerimanya sebagai kekasih. Semasa Ijam ke tandas, Keyra mengeluarkan sekeping kertas senarai lalu memangkah salah satu dai senarai yang tertulis “PASTIKAN DIA MELUTUT” lalu dia menoleh kepada kamera dan tersenyum.


Tonton Ngorat 2012 Full Movie
-->

Taikun


Sinopsis:TAI dan KUN merupakan dua orang kawan baik yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka yang suka bergaduh dan mencuri telah menyebabkan mereka bertembung dengan ahli – ahli Geng Pink dan Purple. Oleh kerana Tai dan Kun telah membelasah kedua – dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, MANAN dan ketua Geng Purple, SARIP merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.

Sikap Tai dan Kun yang tamak telah menyebabkan mereka menerima pelawaan dua – dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing – masing. Geng Pink dan Geng Purple merupakan musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat telah menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya. 


Semenjak daripada itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi dengan kemewahan. Kesetian Tai dan Kun hanya terletak pada wang. Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing – masing mula menunding jari menuduh geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalanganya namun Sarip dan Manan tidak percaya. Siapakah dalang yang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? 


Tonton Taikun 2012 Full Movie
-->

Budak Pailang




Sinopsis: Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak ? budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan ? kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta. Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya. Siapakah yang terkorban? Dapatkah Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu? 

Tonton Online:






Apa Celop Toqq



Sinopsis: Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK. Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya. Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan CINTA ATAS TAR di pawagam tidak lama lagi.

Tonton Online:



PE3



Sinopsis: PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?


Tonton Online:

Ajiboy




Sinopsis: Dia kecil! Dia genius! Dia IRFAN! Seorang kanak ? kanak yang genius dan petah bercakap yang diamanahkan oleh ayahnya EN FAUZAN untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh ALONG dan BOB. Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang ? barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Irfan dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka. Along dan Bob diturunkan pangkat dan sering diarahkan melakukan kerja ? kerja pembersihan di sekitar Taman Tema tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka tekad untuk melakukan satu pengkhianatan. Irfan, meskipun masih kecil mempunyai satu lagi amanah yang amat besar yang harus ditunaikannya. Arwah ibu Irfan telah meminta Irfan untuk mencarikan isteri untuk En Fauzan supaya mereka tidak akan merasa sunyi tanpanya. Irfan yang berkenan pada CIK NISA telah cuba untuk menyatukan mereka namun setelah mengetahui bahawa Cik Nisa sudah mempunyai anak, Irfan pantas beranggapan yang Cik Nisa sudah mempunyai keluarganya sendiri. Mampukah Irfan mencari calon isteri untuk En Fauzan? Adakah Along dan Bob akan teruskan niat mereka untuk mengkhianati En Fauzan? Dapatkah Irfan menyelamatkan Taman Tema tersebut?

Tonton Online: 




 
Support : MrEvilsakura | Copyright © 2013. Terbaek Movie - All Rights Reserved